Apabila dua tanda ini menyala pada meter kereta anda, sila ambil tindakan yang segera. Ia mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak di ingini berlaku kepada kereta anda.
Tanda menunjukkan bateri kereta anda tidak dicas
Lampu amaran ini biasanya akan menyala sebelum kita start enjin. Tetapi sekiranya ia masih bernyala semasa pemanduan, ia menunjukkan bahawa bateri sedang mengalami masalah. Kereta anda akan berhenti secara tiba-tiba. Sekiranya sempat, pastikan anda menuju ke bengkel kereta terlebih dahulu. Anda perlu menukar alternator dan bateri perlu dicas semula kuasanya.
Tanda amaran minyak enjin tidak menepati had minima
Tanda ini menunjukkan bahawa minyak enjin atau minyak hitam kereta anda sudah berada di bawah tahap minima yang diperlukan oleh kereta anda. Kemungkinan juga terdapat kebocoran pada tangki minya enjin. Anda dinasihati agar tidak meneruskan perjalanan sekiranya lampu amaran ini menyala secara tiba-tiba. Ia boleh merosakkan enjin kereta anda. Sebaliknya, tambah minyak terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Dan periksa tahap minimum setiap kali anda menggunakan kereta anda.
Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai kereta anda, sila hubungi pakar enjin kami di German Mechanics 03 41069395
1- Bateri telah lemah . Antara sebab bateri lemah ialah telah tamat tempoh penyaluran kuasa bateri, penggunaan bateri yang berlebihan seperti mengecas telefon didalam kereta atau terlupa untuk menutup lampu semasa enjin kereta di matikan.
2- Kehabisan minyak petrol. Sila lihat meter minyak anda. Kadangkala meter tidak berfungsi atau kita terleka untuk memerhati meter dalam memastikan kapasiti minyak yang masih tinggal didalam tangki kereta.
3- Level gear bukan pada kedudukan P. Untuk kereta jenis auto, ini juga memainkan peranan enjin tidak dapat dihidupkan.
4- Coil Ignition sudah rosak. Sila hantar kereta anda ke bengkel berdekatan untuk mengantikan dengan coil yang baru.
5- Tidak menekan brek semasa menggunakan push start button. Sekiranya sudah menekan brek namun tidak juga dapat di hidupkan, berkemungkinan terdapat masalah pada sensor brek.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan kenderaan anda, sila hubungi German Mechanic bagi membantu menyelesaikan masalah kereta anda. Telefon 03 4106 9395 untuk temu janji.
Masalah enjin bergegar kadangkala dialami oleh kereta yang sudah dimakan usia. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah “engine mounting” yang telah haus. Ia perlu diganti secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.
Antara faktor lain, setengah kereta, terutama yang berusia, mungkin memerlukan pemanasan enjin sebelum ia beroperasi. Malah ada juga jenama, terutama Eropah, yang dihubungkan dengan sistem penyejukan cecair kereta bagi memastikan kotak gear berada dalam suhu optimum untuk operasi. Kereta akan hilang gegaran apabila enjin sudah panas.
Sekiranya gegaran masih berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat dari bengkel berdekatan. Sekiranya anda berada di sekitar Taman Melati, Melawati, Desa Melawati, Gombak, MRR2, Setapak, Wangsa Maju dan sekitarnya, sila datang ke German Mechanics untuk membuat pemeriksaan berkala kereta anda. Hubungi wakil kami di talian 03 4106 9395.
1- Pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang selamat
2- Periksa tarikh akhir minyak enjin ditukar, sekiranya perlu, gantikan dengan minyak dan penapis minyak yang baru.
3- Pastikan cecair “coolant” berada pada tahap yang sepatutnya. Tambah sekiranya dilihat berkurangan.
4- Periksa sistem brek dan pastikan kondisi brek “lining”. Gantikan yang baru sekiranya brek “lining” telah haus.
5- Pastikan semua sistem lampu berfungsi dengan cemerlang. Periksa juga sistem lampu brek ketiga.
6- Pastikan penyaman udara berfungsi kerana ia dapat memberi keselesaan untuk pemanduan yang jauh.
7- Periksa kondisi tayar. Pastikan bunga tayar berada pada tahap yang maksimum. Sekiranya bunga telah haus, gantikan dengan tayar yang baru.
Memandulah dengan cermat dan patuhi isyarat jalan raya demi memastikan keselamatan anda dan orang yang anda sayangi terjamin.