1- Lihat luaran kereta tersebut.
Lihat jika sekiranya terdapat tanda-tanda kemalangan. Sekiranya terdapat bahagian badan yang kemik atau bengkok, tanya penjual kenapa ia terjadi sedemikian. Periksa juga sekiranya terdapat kondisi cat yang tidak sekata dengan cat yang lama pada badan kenderaan.
2- Lihat dalaman kereta tersebut.
Bahagian dalaman kereta juga dapat memberi gambaran mengenai cara penggunaan tuan punya kereta yang terdahulu. Sekiranya ia amat teruk, kemungkinan tuan punya yang terdahulu menggunakan kereta dengan cara yang kasar. Periksa semua bahagian getah penyambung dan pastikan tiada kebocoran apabila hujan.
3- Periksa buku servis
Buku servis dapat memberi maklumat mengenai kenderaan yang anda ingin beli. Sekiranya pemilik lama kereta tersebut tidak melakukan pemeriksaan dan servis rutin secara berkala seperti yang dicadangkan di dalam buku servis, cuba hindari dari membeli kereta tersebut. Ia mungkin akan memberi masalah kelak kepada enjin kereta tersebut.
4- Tanya pendapat pakar
Sekiranya anda mempunyai sahabat atau penilai bebas yang dapat membuat penilaian ke atas kenderaan yang ingin dibeli, sila tanya pendapat mereka.
Sebelum memulakan pemanduan, para pemandu digalakkan untuk melakukan beberapa pemeriksaan asas bagi memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat. Perkara asas ini juga kana membuatkan pemanduan menjadi lebih lancar dan selamat. Di sertakan di bawah ini perkara asas yang perlu diambil kira oleh pemandu sebelum memulakan pemanduan:
Melaraskan cermin pandang belakang dan tepi
- Melaraskan dan membetul cermin pandang belakang dan tepi mengikut kedudukan yang selesa kepada pemandu. Perkara ini penting kerana pemandu perlu mendapatkan kedudukan sebenar kereta yang mengekori dari arah belakang supaya dapat membuat keputusan yang betul semasa membuat belokan atau menukar laluan.
Memakai tali pinggang keledar
- Tidak memakai tali pinggang keledar bukan sahaja salah di sisi undang-undang jalan raya Malaysia, tetapi juga turut membahayakan keselamatan pemandu kenderaan. Memakai tali pinggang keledar dengan betul dan sempurna juga dapat menyelamatkan nyawa ketika berlakunya kemalangan.
Memastikan gear berada di posisi bebas sebelum menghidupkan enjin
- Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan berlakunya enjutan pada kenderaan dan boleh menyebabkan malapetaka.
Menguji lampu isyarat
-Pastikan lampu isyarat dapat berfungsi dengan baik agar kelancaran perjalanan terjamin. Lampu isyarat amat penting terutama ketika mengubah laluan.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan atau pertanyaan, sila hubungi bengkel kereta German Mechanics untuk maklumat lanjut di talian 03 4106 9395.
Sering kali kita terjumpa lubang jalan yang terhasil dari mendapan tanah dan juga kesan dari penggunaan jentera berat ke atas tar jalan raya. Ada kalanya kita sempat mengelak, ada kalanya tidak. Tahukah anda bahawa dengan melanggar lubang jalan, kenderaan anda mungkin mengalami kecederaan?
Apabila kita melanggar lubang jalan, kesan yang paling utama adalah kepada tayar kenderaan. Ia mungkin boleh mencederakan tayar kenderaan anda sehingga menyebabkan tayar terkoyak. Geseran dan hentakan yang kuat semasa melanggar lubang juga boleh menyebabkan rim tayar kereta anda bengkok atau retak. Selain itu, hasil dari hentakan yang kuat juga akan turut merosakkan sistem suspensi kereta.
Adalah disarankan bagi setiap pemandu untuk mengelak dari melanggar lubang jalan sekiranya mampu berbuat demikian. Namun, sebelum mengelak, pastikan anda berada dalam tahap yang selamat dan juga tidak membahayakan kenderaan lain.
Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan atau servis untuk kereta anda.
Sila telefon 03 4106 9395 sekarang juga untuk temu janji anda !
Radiator merupakan salah satu komponen terpenting pada sesebuah kenderaan. Tugas radiator adalah untuk meminimumkan tahap kepanasan enjin. Kegagalan radiator berfungsi mungkin akan menyebabkan komponen lain akan turut gagal berfungsi dan berkemungkinan boleh menyebabkan enjin terbakar. Anda juga perlu memastikan paras air dalam tangki radiator mencukupi sebelum memulakan perjalanan, sama seperti memeriksa tahap minyak pelincir.
Selain itu, karat juga merupakan musuh utama radiator. Karat akan menyebabkan radiator tersumbat dan pelbagai komplikasi lain. Untuk mengelakkan karat, jangan gunakan air paip, sebaliknya gunakan air mineral dan juga coolant yang di iktiraf. Servis radiator anda setiap 5 bulan. Periksa sekiranya terdapat kebocoran atau karat. Untuk maklumat lanjut mengenai radiator, sila rujuk pakar kami di German Mechanics 03 4106 9395.