Bahaya melanggar lubang jalan

21 May 2014 By In Maintenance

Sering kali kita terjumpa lubang jalan yang terhasil dari mendapan tanah dan juga kesan dari penggunaan jentera berat ke atas tar jalan raya. Ada kalanya kita sempat mengelak, ada kalanya tidak. Tahukah anda bahawa dengan melanggar lubang jalan, kenderaan anda mungkin mengalami kecederaan?

Apabila kita melanggar lubang jalan, kesan yang paling utama adalah kepada tayar kenderaan. Ia mungkin boleh mencederakan tayar kenderaan anda sehingga menyebabkan tayar terkoyak. Geseran dan hentakan yang kuat semasa melanggar lubang juga boleh menyebabkan rim  tayar kereta anda bengkok atau retak. Selain itu, hasil dari hentakan yang kuat juga akan turut merosakkan sistem suspensi kereta.  

Adalah disarankan bagi setiap pemandu untuk mengelak dari melanggar lubang jalan sekiranya mampu berbuat demikian. Namun, sebelum mengelak, pastikan anda berada dalam tahap yang selamat dan juga tidak membahayakan kenderaan lain.

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan atau servis untuk kereta anda.

Sila telefon 03 4106 9395 sekarang juga untuk temu janji anda !

Read 4065 times
Login to post comments
You are here: Home Our blog Bahaya melanggar lubang jalan