Items filtered by date: March 2015
31 March 2015 In Maintenance

Setiap kenderaan, sama ada yang baru atau lama, kini telah dilengkapi dengan sistem penyerap hentak yang terbaik. Sistem ini berfungsi sebagai salah satu komponen yang membantu untuk mengawal pergerakan spring dalam sistem penggantungan kenderaan. Sistem penyerap hentak ini amat penting bagi kawalan kenderaan ketika memecut, mengambil selekoh, berhenti dan ketika melalui jalan yang tidak rata.

Penyerap hentak juga secara asasnya bertindak sebagai komponen yang membantu memberi keselesaan kepada pemandu. Setiap hentakan yang di terima oleh tayar akan diserap oleh sistem ini. Sistem ini juga memastikan tayar sentiasa bersentuhan di jalan raya ketika melalui jalan yang tidak rata atau selekoh. Di pasaran, terdapat beberapa jenis penyerap hentak iaitu dari jenis hidraulik ataupun gas. Fungsi antara dua jenis ini adalah sama, tetapi setiap dari satu komponen tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

20 March 2015 In Maintenance

1-      Berhenti di tepi bahu jalan sekiranya kereta masih boleh bergerak. Sekiranya tidak, dapatkan bantuan untuk menolak kereta anda ke bahu jalan.

2-      Pasangkan lampu kecemasan. Letakkan kon keselamatan 20 langkah dari kereta anda.

3-      Sekiranya anda mempunyai jaket pantul sinar, pakai jaket tersebut.

4-      Sekiranya anda membawa bayi, kanak-kanak atau binatang peliharaan, pastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal.

5-      Jangan cuba untuk membaiki kenderaan anda.

6-      Hubungi bengkel baiki kenderaan yang terdekat. Sekiranya di atas lebuh raya, hubungi penyelaras lebuh raya untuk tundaan.

17 March 2015 In Maintenance

Setiap enam bulan, pemandu dikehendaki untuk memeriksa minyak brek. Perkara ini boleh di lakukan di pusat servis atau dengan memeriksa sendiri kadar minyak tersebut. Sekiranya kurang, sila tambah minyak brek sehingga menepati tahap yang disyorkan oleh pengeluar kereta anda. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah. Oleh itu, adalah di sarankan agar pemandu yang tidak yakin dengan cara untuk menukar minyak brek agar mendapatkan bantuan pakar di pusat servis berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Sekiranya anda berada di sekitar Gombak, Melawati, Batu Caves, Taman Melati, Setiawangsa atau berada di MRR2, sila singgah di German Car Mechanics di Desa Melawati untuk pemeriksaan percuma kereta anda. Sila hubungi 03 4106 9395

You are here: Home Our blog Items filtered by date: March 2015