Items filtered by date: April 2015
20 April 2015 In Maintenance

Di kala keadaan ekonomi yang agak kurang memberangsangkan ini, adalah baiknya kalau kita dapat berjimat cermat dalam kehidupan seharian kita. Berikut ada beberapa cara untuk menjimatkan petrol kereta anda, selamat mencuba.

1-      Apabila cuaca sejuk, pastikan penyaman kenderaan anda di tutup. Ia dapat menjimatkan hampir 10 peratus kegunaan petrol.

2-      Kurangkan jumlah muatan. Semakin ringan kenderaan anda, semakin sikit jumlah penggunaan petrol.

3-      Kurangkan rintangan angin dengan menutup sebaiknya semua tingkap. Rintangan angin akan menyebabkan kereta menjadi berat.

4-      Isi minyak penuh setiap kali anda ke stesen minyak.

5-      Pastikan anda mengguna gear yang betul. 

 

09 April 2015 In Maintenance

Sekiranya anda mendapati radio kereta anda tidak berfungsi atau lampu signal tidak bernyala, ini mungkin disebabkan oleh masalah fius yang telah rosak. Fius merupakan agen yang menghentikan aliran kuasa kepada tempat-tempat yang memerlukan kuasa untuk berfungsi. Kerosakan fius adalah disebabkan oleh muatan kuasa yang berlebihan dan juga disebabkan oleh jangka hayat. Kotak fius selalunya terdapat di bawah hood kereta dan di bawah dashboard.

Terdapat carta mengenai jumlah kuasa (amparage)bagi setiap fius dan juga warna yang berkaitan. Sekiranya anda ingin menggantikan fius, pastikan anda mengetahui jumlah kuasa amp dah mengetahui cara untuk menggantikannya. Sebaiknya hantar kereta anda untuk diperiksa oleh mereka yang berpengalaman. German Car Mechanics boleh dihubungi di talian 03 4106 9395 untuk pemeriksaan dan pertanyaan mengenai kereta anda. 

You are here: Home Our blog Items filtered by date: April 2015