Items filtered by date: July 2014
18 July 2014 In Maintenance

 

1-      Pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang selamat

2-      Periksa tarikh akhir minyak enjin ditukar, sekiranya perlu, gantikan dengan minyak dan penapis minyak yang baru.

3-      Pastikan cecair “coolant” berada pada tahap yang sepatutnya. Tambah sekiranya dilihat berkurangan.

4-      Periksa sistem brek dan pastikan kondisi brek “lining”. Gantikan yang baru sekiranya brek “lining” telah haus.

5-      Pastikan semua sistem lampu berfungsi dengan cemerlang. Periksa juga sistem lampu brek ketiga.

6-      Pastikan penyaman udara berfungsi kerana ia dapat memberi keselesaan untuk pemanduan yang jauh.

7-      Periksa kondisi tayar. Pastikan bunga tayar berada pada tahap yang maksimum. Sekiranya bunga telah haus, gantikan dengan tayar yang baru.

 

Memandulah dengan cermat dan patuhi isyarat jalan raya demi memastikan keselamatan anda dan orang yang anda sayangi terjamin. 

10 July 2014 In Maintenance

Cara menukar tayar ganti

Pertama sekali, dapatkan  "jack"  dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar ganti. Keluarkan “jack” dan tayar ganti. Kemudian longgarkan skru tayar yang hendak diganti. Apabila skru sudah longgar, pasang “jack” di tempat yang sesuai berdekatan dengan tayar yang hendak diganti. Pusing “jack” sehingga badan kereta berada pada kedudukan yang boleh dikeluarkan tayar yang hendak diganti tersebut. Keluarkan semua skru tayar dan keluarkan tayar dari hub. Gantikan dengan tayar yang baru. Putarkan skru tayar sehingga ketat. Perlahan-lahan turunkan “jack” kereta. Kemudian keluarkan “jack” dan ketatkan skru sekali lagi.

Bagi mereka yang ingin pulang beraya di kampung..pastikan kereta anda di servis terlebih dahulu...hubungi German Mechanics untuk pemeriksaan dan servis kereta anda... 03 4106 9395

02 July 2014 In Maintenance

Lampu brek merupakan antara elemen terpenting yang terdapat pada sesebuah kereta dalam memastikan tanda amaran berhenti disampaikan kepada pemandu kereta lain yang berada di belakang. Tanpa amaran lampu brek, kemungkinan berlakunya kemalangan amatlah tinggi. Kegagalan lampu brek berfungsi boleh didenda di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM150. Para pemandu juga dinasihatkan agar memeriksa lampu brek mereka setiap bulan dan menggantikan mentol sekiranya ada lampu yang tidak bernyala.  

Bagi memastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik, sila kunjungi German Mechanics untuk mendapatkan pemeriksaan berkomputer secara percuma...sila hubungi talian 03 4106 9395 untuk membuat temujanji

You are here: Home Our blog Items filtered by date: July 2014