Tips Pulang Berhari Raya

18 July 2014 By In Maintenance

 

1-      Pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang selamat

2-      Periksa tarikh akhir minyak enjin ditukar, sekiranya perlu, gantikan dengan minyak dan penapis minyak yang baru.

3-      Pastikan cecair “coolant” berada pada tahap yang sepatutnya. Tambah sekiranya dilihat berkurangan.

4-      Periksa sistem brek dan pastikan kondisi brek “lining”. Gantikan yang baru sekiranya brek “lining” telah haus.

5-      Pastikan semua sistem lampu berfungsi dengan cemerlang. Periksa juga sistem lampu brek ketiga.

6-      Pastikan penyaman udara berfungsi kerana ia dapat memberi keselesaan untuk pemanduan yang jauh.

7-      Periksa kondisi tayar. Pastikan bunga tayar berada pada tahap yang maksimum. Sekiranya bunga telah haus, gantikan dengan tayar yang baru.

 

Memandulah dengan cermat dan patuhi isyarat jalan raya demi memastikan keselamatan anda dan orang yang anda sayangi terjamin. 

Read 1871 times
Login to post comments
You are here: Home Our blog Tips Pulang Berhari Raya