Admin

Admin

10 July 2014 In Maintenance 0 comment

Cara menukar tayar ganti

Pertama sekali, dapatkan  "jack"  dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar ganti. Keluarkan “jack” dan tayar ganti. Kemudian longgarkan skru tayar yang hendak diganti. Apabila skru sudah longgar, pasang “jack” di tempat yang sesuai berdekatan dengan tayar yang hendak diganti. Pusing “jack” sehingga badan kereta berada pada kedudukan yang boleh dikeluarkan tayar yang hendak diganti tersebut. Keluarkan semua skru tayar dan keluarkan tayar dari hub. Gantikan dengan tayar yang baru. Putarkan skru tayar sehingga ketat. Perlahan-lahan turunkan “jack” kereta. Kemudian keluarkan “jack” dan ketatkan skru sekali lagi.

Bagi mereka yang ingin pulang beraya di kampung..pastikan kereta anda di servis terlebih dahulu...hubungi German Mechanics untuk pemeriksaan dan servis kereta anda... 03 4106 9395

02 July 2014 In Maintenance 0 comment

Lampu brek merupakan antara elemen terpenting yang terdapat pada sesebuah kereta dalam memastikan tanda amaran berhenti disampaikan kepada pemandu kereta lain yang berada di belakang. Tanpa amaran lampu brek, kemungkinan berlakunya kemalangan amatlah tinggi. Kegagalan lampu brek berfungsi boleh didenda di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM150. Para pemandu juga dinasihatkan agar memeriksa lampu brek mereka setiap bulan dan menggantikan mentol sekiranya ada lampu yang tidak bernyala.  

Bagi memastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik, sila kunjungi German Mechanics untuk mendapatkan pemeriksaan berkomputer secara percuma...sila hubungi talian 03 4106 9395 untuk membuat temujanji

24 June 2014 In Maintenance 0 comment

Gearbox merupakan unit yang berfungsi sebagai sistem perpindahan tenaga. Ia menyalurkan tenaga dari satu mesin ke unit yang lain. Antara langkah penjagaan gearbox adalah dengan memastikan minyak gearbox sentiasa cukup dan berada di paras yang di tetapkan. Namun, terdapat juga kes di mana berlaku kebocoran pada minyak gearbox. Apabila berlaku kebocoran, kemungkinan oil seal gearbox tersebut sudah rosak atau reput. Adalah baik sekiranya pengguna dapat menggantikan oil seal setiap kali menukar clutch plate kerana jangka hayat kedua-dua benda ini biasanya sama. Semasa menukar minyak gearbox, pastikan ia minyak yang disyorkan oleh pihak pengeluar. Ini bagi memastikan pengguna mendapat prestasi yang optimum dari penggunaan minyak yang betul.

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan atau servis untuk kereta anda.

Sila telefon 03 4106 9395 sekarang juga untuk temu janji anda !

17 June 2014 In Maintenance 0 comment
oil-change
Setiap kenderaan memerlukan kelancaran perjalanan minyak hitam untuk sampai ke komponen-komponen yang penting. Jika berlaku sebarang halangan atau tersumbat, komponen tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya menjejaskan prestasi kenderaan...
 
Antara fungsi minyak pelincir yang mengalir di dalam enjin adalah - menyejukkan enjin dengan membawa haba keluar melalui minyak yang mengalir. Jika pengaliran minyak pelincir tidak baik maka berlakulah risiko untuk enjin menjadi lebih panas.
 
Apabila minyak pelincir tidak sampai atau tiada pelinciran yang secukupnya pada komponen-komponen yang memerlukan pelinciran maka berlakulah hakisan besi yang sangat tinggi pada komponen di dalam enjin. Akibatnya komponen terbabit akan haus, rosak, bengkok, patah atau seumpamanya. Hakisan yang tinggi juga menghasilkan kepanasan sekaligus meningkatkan suhu enjin. Kurangnya pelinciran sekaligus mengurangkan kelancaran pergerakan komponen-komponen dan menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan lebih berat serta berlaku pembaziran bahan api.
 
bagi memastikan kelancaran minyak hitam kereta anda, German Mechanics boleh membantu memeriksa tahap kesihatan enjin kereta anda. Sila hubungi talian 03 4106 9395 untuk maklumat lanjut.
 
You are here: Home Our blog Admin