Pentingnya Memastikan Perjalanan Minyak Hitam Lancar

17 June 2014 By In Maintenance
oil-change
Setiap kenderaan memerlukan kelancaran perjalanan minyak hitam untuk sampai ke komponen-komponen yang penting. Jika berlaku sebarang halangan atau tersumbat, komponen tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya menjejaskan prestasi kenderaan...
 
Antara fungsi minyak pelincir yang mengalir di dalam enjin adalah - menyejukkan enjin dengan membawa haba keluar melalui minyak yang mengalir. Jika pengaliran minyak pelincir tidak baik maka berlakulah risiko untuk enjin menjadi lebih panas.
 
Apabila minyak pelincir tidak sampai atau tiada pelinciran yang secukupnya pada komponen-komponen yang memerlukan pelinciran maka berlakulah hakisan besi yang sangat tinggi pada komponen di dalam enjin. Akibatnya komponen terbabit akan haus, rosak, bengkok, patah atau seumpamanya. Hakisan yang tinggi juga menghasilkan kepanasan sekaligus meningkatkan suhu enjin. Kurangnya pelinciran sekaligus mengurangkan kelancaran pergerakan komponen-komponen dan menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan lebih berat serta berlaku pembaziran bahan api.
 
bagi memastikan kelancaran minyak hitam kereta anda, German Mechanics boleh membantu memeriksa tahap kesihatan enjin kereta anda. Sila hubungi talian 03 4106 9395 untuk maklumat lanjut.
 
Read 1664 times Last modified on Tuesday, 17 June 2014 10:39
Login to post comments
You are here: Home Our blog Pentingnya Memastikan Perjalanan Minyak Hitam Lancar