1- Lihat luaran kereta tersebut.
Lihat jika sekiranya terdapat tanda-tanda kemalangan. Sekiranya terdapat bahagian badan yang kemik atau bengkok, tanya penjual kenapa ia terjadi sedemikian. Periksa juga sekiranya terdapat kondisi cat yang tidak sekata dengan cat yang lama pada badan kenderaan.
2- Lihat dalaman kereta tersebut.
Bahagian dalaman kereta juga dapat memberi gambaran mengenai cara penggunaan tuan punya kereta yang terdahulu. Sekiranya ia amat teruk, kemungkinan tuan punya yang terdahulu menggunakan kereta dengan cara yang kasar. Periksa semua bahagian getah penyambung dan pastikan tiada kebocoran apabila hujan.
3- Periksa buku servis
Buku servis dapat memberi maklumat mengenai kenderaan yang anda ingin beli. Sekiranya pemilik lama kereta tersebut tidak melakukan pemeriksaan dan servis rutin secara berkala seperti yang dicadangkan di dalam buku servis, cuba hindari dari membeli kereta tersebut. Ia mungkin akan memberi masalah kelak kepada enjin kereta tersebut.
4- Tanya pendapat pakar
Sekiranya anda mempunyai sahabat atau penilai bebas yang dapat membuat penilaian ke atas kenderaan yang ingin dibeli, sila tanya pendapat mereka.