Lampu isyarat merupakan antara jenis-jenis lampu yang terdapat di kereta anda. Ia terletak di empat penjuru kereta dan digunakan untuk memberi isyarat , terutama apabila untuk membelok. Lampu isyarat amat penting dalam menyampaikan mesej kepada pemandu lain bahawa anda ingin mengambil selekoh atau menukar laluan kenderaan anda. Kegagalan menyalakan lampu isyarat ketika menukar laluan memungkinkan anda menjadi mangsa kemalangan.
Anda dinasihatkan untuk memeriksa lampu isyarat kereta anda dengan kadar yang kerap. Sekiranya ada mentol yang tidak berfungsi, sila gantikan secepat mungkin. sekiranya anda tidak yakin atau mempunyai apa-apa persoalan, sila hubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk maklumat lanjut.
Talian German Mechanics adalah seperti berikut 03 4106 9395.
1-Memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
Bagi pemilik kenderaan lama, memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan mungkin ada benarnya. Tetapi bagi pemilik kenderaan yang terkini, anda tidak perlu memanskan enjin kerana kebanyakan enjin moden akan memanaskan enjin dengan lebih cepat apabila dipandu. Apabila enjin mencapai tahap maksimum, ia turut membantu menjimatkan penggunaan minyak.
2-Selepas melakukan jump start, bateri kereta anda akan pulih sepenuhnya
Bateri memerlukan beberapa jam perjalanan bagi ianya dapat kembali “fully charge”. Anda juga boleh memeriksa kapasiti kuasa bateri anda di kedai bateri berhampiran bagi memastikan bateri tersebut berada di tahap yang maksimum.
3-Menambah minyak brek sudah mencukupi sekiranya berkurangan
Sama seperti brek pad, minyak brek juga semakin menipis. Menambah minyak tidak akan menjadikan minyak secara keseluruhan kembali “tebal”. Apabila minyak brek sudah berkurangan, sila gantikan keseluruhan minyak brek. Ini amat penting bagi memastikan brek kenderaan anda berada di tahap yang maksimum. Tidak menggantikan minyak brek mungkin boleh mnyebabkan malapetaka belaku disebabkan oleh brek yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap kereta anda.
Sila telefon 03 4106 9395 sekarang juga untuk temujanji anda !
Kadangkala apabila kita hendak mengabil selekoh, kita akan mendengar bunyi seperti geselan antara besi. Ini berpunca dari masalah Drive Shaft yang telah rosak. Drive shaft terletak di bahagian roda hadapan, disebelah kiri dan kanan roda kereta anda. Tanda-tanda awal drive shaft kereta anda akan rosak ialah ianya mengeluarkan bunyi apabila anda mengambil selekoh. Lama kelamaan bunyi tersebut berterusan semasa anda ingin memasukkan gear ataupun ketika anda ingin memecut. Tanda lain ialah tayar kenderaan anda akan bergegar ketika memandu.
Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di atas lebuh raya MRR2 atau Lingkaran Tengah 2, pihak German Mechanic boleh membantu anda menyelesaikan masalah kerosakan kereta anda. Sila hubungi 03 41069395 untuk maklumat lanjut.
Brek pad hendaklah di ganti apabila ia telah menunjukkan tanda-tanda haus. Sekiranya tidak diganti, ia boleh merosakkan brek cakera di mana kos untuk membaikinya lebih mahal. Selalunya, brek pad akan ditukar pada setiap 15 000 km perjalanan.
Terdapat pelbagai jenis brek pad di pasaran, namun adalah disarankan agar pengguna memilih untuk menggunakan brek pad dari jenama yang diyakini dan penghasilan yang bermutu tinggi. Brek pad yang tidak bermutu akan cepat haus dan kurang daya serapan untuk membrek dan seterusnya menyumbang kepada kemalangan.
Sekiranya anda ragu-ragu mengenai brek pad kereta anda, sila hubungi bengkel kereta German Mechanics untuk membuat pemeriksaan. Pihak kami masih menjalankan promosi pemeriksaan percuma 43 poin sehingga 30 April 2014. Bagi penduduk sekitar Taman Melawati, Gombak, Wangsa Maju, Setapak, Batu Caves, Taman Melati atau Sri Rampai, jangan lepaskan peluang ini.
Pastikan temu janji anda di talian 03 - 4106 9395.