Tiga mitos berkenaan kereta yang kita sering dengari…

06 May 2014 By In Maintenance

1-Memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
Bagi pemilik kenderaan lama, memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan mungkin ada benarnya. Tetapi bagi pemilik kenderaan yang terkini, anda tidak perlu memanskan enjin kerana kebanyakan enjin moden akan memanaskan enjin dengan lebih cepat apabila dipandu. Apabila enjin mencapai tahap maksimum, ia turut membantu menjimatkan penggunaan minyak.

2-Selepas melakukan jump start, bateri kereta anda akan pulih sepenuhnya
Bateri memerlukan beberapa jam perjalanan bagi ianya dapat kembali “fully charge”. Anda juga boleh memeriksa kapasiti kuasa bateri anda di kedai bateri berhampiran bagi memastikan bateri tersebut berada di tahap yang maksimum.

3-Menambah minyak brek sudah mencukupi sekiranya berkurangan
Sama seperti brek pad, minyak brek juga semakin menipis. Menambah minyak tidak akan menjadikan minyak secara keseluruhan kembali “tebal”. Apabila minyak brek sudah berkurangan, sila gantikan keseluruhan minyak brek. Ini amat penting bagi memastikan brek kenderaan anda berada di tahap yang maksimum. Tidak menggantikan minyak brek mungkin boleh mnyebabkan malapetaka belaku disebabkan oleh brek yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap kereta anda.

Sila telefon 03 4106 9395 sekarang juga untuk temujanji anda !

Read 2066 times
Login to post comments
You are here: Home Our blog Tiga mitos berkenaan kereta yang kita sering dengari…