Admin

Admin

17 March 2015 In Maintenance 0 comment

Setiap enam bulan, pemandu dikehendaki untuk memeriksa minyak brek. Perkara ini boleh di lakukan di pusat servis atau dengan memeriksa sendiri kadar minyak tersebut. Sekiranya kurang, sila tambah minyak brek sehingga menepati tahap yang disyorkan oleh pengeluar kereta anda. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah. Oleh itu, adalah di sarankan agar pemandu yang tidak yakin dengan cara untuk menukar minyak brek agar mendapatkan bantuan pakar di pusat servis berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Sekiranya anda berada di sekitar Gombak, Melawati, Batu Caves, Taman Melati, Setiawangsa atau berada di MRR2, sila singgah di German Car Mechanics di Desa Melawati untuk pemeriksaan percuma kereta anda. Sila hubungi 03 4106 9395

26 February 2015 In Maintenance 0 comment

 

 

1-      Pencuci rambut yang mengandungi Linolin mampu untuk mengembalikan sinar pada cat badan kereta anda.

2-      Baby Wipes (tisu baby) dapat membantu mengurangkan kotoran degil pada cermin kereta anda.

3-      Lap perlahan-lahan campuran ¼ ammonia dan air sejuk ke getah wiper blade kerana ia boleh melanjutkan usia wiper blade kereta anda.

4-      Sekiranya kereta anda berada di bawah terik panas, jangan basuh kereta anda kerana ia akan meningalkan kesan yang kurang menyenangkan.

5-      ¼ baking soda dan campuran air boleh dijadikan sebagai alat untuk mencuci kereta.

14 January 2015 In Maintenance 0 comment

1-      Penjagaan enjin- perlu sentiasa di servis mengikut jadual yang telah ditetapkan. ini akan memastikan jangka hayat enjin kereta serta tahap kemampuan enjin dapat terjaga untuk jangka masa yang lebih lama

2-      Penggunaan brek- guna brek pada keadaan yang memerlukan. Perlahan kenderaan dari jauh sekiranya anda mendekati lampu isyarat atau mahu berhenti. Kaedah ini dapat membantu pengurangan geseran pada pad brek dan meningkatkan jangka hayat.

3-      Penggunaan clutch – pastikan anda tidak sentiasa menekan clutch ketika memandu kerana ia akan menyebabkan geseran dan merosakkan lapisan perlindungan clutch. Tekan cluth hanya apabila ingin menukar gear.

4-       Matikan enjin apabila berhenti melebihi dua minit.

5-      Rancang perjalanan anda bagi memastikan segala-galanya selamat dan teratur.

 

19 November 2014 In Maintenance 0 comment

 

Jangan sesekali anda mencuci enjin kereta anda menggunakan air. Ini kerana air boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan boleh mengakibatkan sesetengah komponen berkarat. Cara yang betul untuk mencuci enjin adalah dengan menggunakan bahan pencuci yang telah di buat khas atau cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan minyak tanah. Kebanyakan kotoran yang terlekat pada enjin adalah mendapan minyak gris dan habuk. Habuk boleh dibuang dengan membuat semburan angin berkuasa tinggi (air pressure) manakala mendapan minyak gris dengan menggunakan minyak tanah. Lap enjin dengan menggunakan kain yang telah di basahi oleh minyak tanah. Lap sehingga hilang semua mendapan gris pada enjin kereta anda. Selain memastikan jangka hayat enjin kereta anda lebih lama, ia juga merupakan cara yang mudah dan murah.

You are here: Home Our blog Admin