Mencuci enjin menggunakan air?

19 November 2014 By In Maintenance

 

Jangan sesekali anda mencuci enjin kereta anda menggunakan air. Ini kerana air boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan boleh mengakibatkan sesetengah komponen berkarat. Cara yang betul untuk mencuci enjin adalah dengan menggunakan bahan pencuci yang telah di buat khas atau cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan minyak tanah. Kebanyakan kotoran yang terlekat pada enjin adalah mendapan minyak gris dan habuk. Habuk boleh dibuang dengan membuat semburan angin berkuasa tinggi (air pressure) manakala mendapan minyak gris dengan menggunakan minyak tanah. Lap enjin dengan menggunakan kain yang telah di basahi oleh minyak tanah. Lap sehingga hilang semua mendapan gris pada enjin kereta anda. Selain memastikan jangka hayat enjin kereta anda lebih lama, ia juga merupakan cara yang mudah dan murah.

Read 1563 times
Login to post comments
You are here: Home Our blog Mencuci enjin menggunakan air?