1- Penjagaan enjin- perlu sentiasa di servis mengikut jadual yang telah ditetapkan. ini akan memastikan jangka hayat enjin kereta serta tahap kemampuan enjin dapat terjaga untuk jangka masa yang lebih lama
2- Penggunaan brek- guna brek pada keadaan yang memerlukan. Perlahan kenderaan dari jauh sekiranya anda mendekati lampu isyarat atau mahu berhenti. Kaedah ini dapat membantu pengurangan geseran pada pad brek dan meningkatkan jangka hayat.
3- Penggunaan clutch – pastikan anda tidak sentiasa menekan clutch ketika memandu kerana ia akan menyebabkan geseran dan merosakkan lapisan perlindungan clutch. Tekan cluth hanya apabila ingin menukar gear.
4- Matikan enjin apabila berhenti melebihi dua minit.
5- Rancang perjalanan anda bagi memastikan segala-galanya selamat dan teratur.