Anda pernah mengalami situasi di mana stereng kereta anda mengalami gegaran apabila kelajuan mencecah 80 km ke atas? Gegaran ini berpunca dari pelbagai faktor antaranya:
1- Keseimbangan roda berada dalam keadaan yang tidak baik (balancing)
2- Kemungkinan juga wheel bearing kereta anda mengalami masalah
3- Periksa tekanan angin pada tayar kereta anda, kemungkinan terdapat tayar yang tidak mempunyai tekanan yang cukup
4- Kemungkinan juga mounting pada stereng rack tidak di selenggara dengan sempurna.
Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap kereta anda. Sila telefon 03 4106 9395 untuk mendapatkan pemeriksaan 43 point PERCUMA !
Kejadian kereta berhenti atau mati secara tiba-tiba diatas lebuh raya merupakan perkara yang selalu kita lihat. Kejadian ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, ada yang serious da nada juga yang tidak. Sekiranya ia berlaku kepada anda, ada beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian:
1- Bertenang. Nyalakan lampu kecemasan dan sekiranya anda mempunyai nombor telefon mekanik atau syarikat tunda kereta yang anda yakini, telefon dan suruh mereka datang untuk tarik kereta anda.
2 Selalunya syarikat insurans anda mempunyai perkihdmatan tunda 24 jam, cari no telefon mereka dan tanyakan perkara ini. Pihak pengendali lebuh raya seperti PLUS juga mempunyai perkhidmatan tunda mereka sendiri.
3- Sekiranya anda dihampiri oleh penunda kereta yang bukan dari syarikat insuran anda, tanya mereka jumlah yang perlu dibayar dan sekiranya dekat, suruh mereka tunda kereta anda ke bengkel yang anda yakini.
Sebaiknya, sebelum memulakan perjalanan anda perlu memastikan keadaan kereta anda berada di dalam tahap yang terbaik. Ini dapat mengelakkan dari kejadian di atas berlaku. Namun, seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Oleh itu cuba elakkan dari ianya terjadi.
Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di atas lebuh raya MRR2 atau Lingkaran Tengah 2, pihak German Mechanic boleh membantu anda menyelesaikan masalah kerosakan kereta anda. Sila hubungi 03 41069395 untuk maklumat lanjut.
Apabila kereta anda tidak dapat dihidupkan, antara salah satu sebabnya adalah bateri sudah lemah. Cara untuk mengecas kembali bateri lemah tersebut adalah dengan melakukan ‘jump start’ pada bateri kereta anda. Caranya ialah:
1- Anda perlulah mempunyai kabel jumper
2- Dengan menggunakan bateri dari kereta sokongan yang lain (pastikan sebaiknya kereta sokongan ini mempunyai kuasa bateri yang lebih besar), pasangkan kabel jumper mengikut aliran yang betul-positif dan negative.
3- Kemudian kabel jumper tersebut di pasang ke bateri kereta anda yang lemah juga mengikut aliran positif dan negative yang betul.
4- Kemudian hidupkan enjin kereta sokongan serta tekan pedal perlahan lahan.
5- Selapas dua atau tiga minit, hidupkan pula kereta yang lemah bateri.
Selamat mencuba.
Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap kereta anda. Sila telefon 03 4106 9395 untuk mendapatkan pemeriksaan 43 point PERCUMA !
1- Apabila jarak perjalan telah mencecah 5000 kilometer ataupun memasuki 3 bulan dari tarikh servis terdahulu (yang mana dahulu), minyak enjin perlu ditukar. Ini kerana tahap kelikatan minyak telah berubah. Untuk memastikan enjin kereta anda lancar, minyak hitam perlu ditukar seberapa kerap mengikut panduan di dalam buku servis anda.
2- Penapis minyak juga perlu ditukar setiap kali anda menukar minyak enjin kereta anda.
3- Timing belt pula perlu diganti apabila jarak perjalanan anda sudah menghampiri 100 000 km. sekiranya timing belt tidak diganti dan terputus, kos membaiki teramat mahal.
4- Palam pencucuh pula perlu diganti bagi setiap 20 000 km. Palam pencucuh yang kotor dan tidak ditukar akan membuatkan kelancaran kereta anda terganggu.
5- Bateri kereta anda selalunya mampu bertahan sehingga 2 tahun. Namun ada juga yang hanya mampu bertahan setahun. Oleh itu, sentiasa pastikan bateri anda mempunyai air bateri yang cukup dan sekiranya anda menggunakan bateri sel kering, sentiasa membuat pemeriksaan di kedai bateri yang berhampiran.
Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Taman Melawati, Taman Melati, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Batu Caves, Keramat, Ampang dan kawasan sekitarnya, kedai bengkel kereta German Mechanics menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma sehingga 30 April 2014. Sila hubungi 03 4106 9395 untuk keterangan lanjut.