1- Apabila jarak perjalan telah mencecah 5000 kilometer ataupun memasuki 3 bulan dari tarikh servis terdahulu (yang mana dahulu), minyak enjin perlu ditukar. Ini kerana tahap kelikatan minyak telah berubah. Untuk memastikan enjin kereta anda lancar, minyak hitam perlu ditukar seberapa kerap mengikut panduan di dalam buku servis anda.
2- Penapis minyak juga perlu ditukar setiap kali anda menukar minyak enjin kereta anda.
3- Timing belt pula perlu diganti apabila jarak perjalanan anda sudah menghampiri 100 000 km. sekiranya timing belt tidak diganti dan terputus, kos membaiki teramat mahal.
4- Palam pencucuh pula perlu diganti bagi setiap 20 000 km. Palam pencucuh yang kotor dan tidak ditukar akan membuatkan kelancaran kereta anda terganggu.
5- Bateri kereta anda selalunya mampu bertahan sehingga 2 tahun. Namun ada juga yang hanya mampu bertahan setahun. Oleh itu, sentiasa pastikan bateri anda mempunyai air bateri yang cukup dan sekiranya anda menggunakan bateri sel kering, sentiasa membuat pemeriksaan di kedai bateri yang berhampiran.
Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Taman Melawati, Taman Melati, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Batu Caves, Keramat, Ampang dan kawasan sekitarnya, kedai bengkel kereta German Mechanics menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma sehingga 30 April 2014. Sila hubungi 03 4106 9395 untuk keterangan lanjut.