Admin

Admin

14 November 2014 In Maintenance 0 comment

Pernah terjadi kepada anda di mana minyak hitam kereta anda menitik di atas lantai tempat anda meletak kereta?

Sekiranya ini berlaku, anda perlu segera menghantar kereta anda untuk di periksa. Ini kerana terdapat kebocoran pada enjin kereta anda. Kebocoran ini selalunya terjadi pada tiga tempat iaitu sama ada pada penyambungan drive shaft atau di penyambungan gear box atau juga oil gasket. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan oleh penggunaan minyak enjin yang tidak menepati keperluan enjin kereta anda. Ia juga mungkin disebabkan oleh tahap kepanasan enjin yang tinggi. Tidak menggantikan oil seal yang baru setiap kali membuka enjin juga merupakan antara penyebab kebocoran boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku kepada anda, pastikan kereta anda di hantar untuk diperiksa oleh mekanik yang berpengalaman.

Kami di German Car Mechanics Desa Melawati sedang mengadakan pemeriksaan PERCUMA secara berkomputer serta pemeriksaan 43 poin untuk kereta anda. Hubungi kami di talian 03 4106 9395 untuk keterangan lanjutt. 

24 October 2014 In Maintenance 0 comment

1-      Sediakan bancuhan air sabun yang di khaskan untuk cermin

2-      Angkat wiper kereta anda

3-      Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan dengan air sabun yang telah di bancuh

4-      Lap permukaan cermin kereta anda bermula dari atas ke bawah

5-      Bilas dengan air sehingga bersih

6-      Ulang langkah di atas sekali lagi sekiranya masih terdapat minyak dan kotoran pada cermin kereta anda. 

 

25 September 2014 In Maintenance 0 comment
Hon kereta merupakan alat yang penting di dalam menyampaikan tanda atau amaran ketika memandu. Namun begitu, jika hon tidak dapat berfungsi, anda mungkin berada di dalam situasi yang merbahaya terutama ketika kecemasan kerana tidak dapat untuk memberi tanda amaran kepada pengguna yang lain...
 
Untuk membaiki hon yang tidak berfungsi, terdapat beberapa cara, antaranya:
 
1- Mengeluarkan wayar penyambung yang terdapat di hon tersebut dan memasukkan semula..Kadang kala ada wayar yang longgar yang menyebabkan hon tidak berfungsi..
 
2- Menggantikan fius dalam kotak fius sekiranya ia telah rosak
 
3- Menggantikan hon sekiranya ia telah rosak.
 
Sekiranya anda tidak pasti, sila dapatkan khidmat nasihat dari pihak German Mechanics di talian 03 4106 9395
You are here: Home Our blog Admin