Apabila dua tanda ini menyala pada meter kereta anda, sila ambil tindakan yang segera. Ia mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak di ingini berlaku kepada kereta anda.
Tanda menunjukkan bateri kereta anda tidak dicas
Lampu amaran ini biasanya akan menyala sebelum kita start enjin. Tetapi sekiranya ia masih bernyala semasa pemanduan, ia menunjukkan bahawa bateri sedang mengalami masalah. Kereta anda akan berhenti secara tiba-tiba. Sekiranya sempat, pastikan anda menuju ke bengkel kereta terlebih dahulu. Anda perlu menukar alternator dan bateri perlu dicas semula kuasanya.
Tanda amaran minyak enjin tidak menepati had minima
Tanda ini menunjukkan bahawa minyak enjin atau minyak hitam kereta anda sudah berada di bawah tahap minima yang diperlukan oleh kereta anda. Kemungkinan juga terdapat kebocoran pada tangki minya enjin. Anda dinasihati agar tidak meneruskan perjalanan sekiranya lampu amaran ini menyala secara tiba-tiba. Ia boleh merosakkan enjin kereta anda. Sebaliknya, tambah minyak terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Dan periksa tahap minimum setiap kali anda menggunakan kereta anda.
Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai kereta anda, sila hubungi pakar enjin kami di German Mechanics 03 41069395