5 sebab enjin kereta tidak dapat dihidupkan

20 August 2014 By In Maintenance

ignition coil-3

1-      Bateri telah lemah . Antara sebab bateri lemah ialah telah tamat tempoh penyaluran kuasa bateri, penggunaan bateri yang berlebihan seperti mengecas telefon didalam kereta atau terlupa untuk menutup lampu semasa enjin kereta di matikan.

2-      Kehabisan minyak petrol. Sila lihat meter minyak anda. Kadangkala meter tidak berfungsi atau kita terleka untuk memerhati meter dalam memastikan kapasiti minyak yang masih tinggal didalam tangki kereta.

3-      Level gear bukan pada kedudukan P. Untuk kereta jenis auto, ini juga memainkan peranan enjin tidak dapat dihidupkan.

4-      Coil Ignition sudah rosak. Sila hantar kereta anda ke bengkel berdekatan untuk mengantikan dengan coil yang baru.

5-      Tidak menekan brek semasa menggunakan push start button. Sekiranya sudah menekan brek namun tidak juga dapat di hidupkan, berkemungkinan terdapat masalah pada sensor brek.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan kenderaan anda, sila hubungi German Mechanic bagi membantu menyelesaikan masalah kereta anda. Telefon 03 4106 9395 untuk temu janji.

Read 3067 times
Login to post comments
You are here: Home Our blog 5 sebab enjin kereta tidak dapat dihidupkan