Masalah enjin bergegar kadangkala dialami oleh kereta yang sudah dimakan usia. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah “engine mounting” yang telah haus. Ia perlu diganti secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.
Antara faktor lain, setengah kereta, terutama yang berusia, mungkin memerlukan pemanasan enjin sebelum ia beroperasi. Malah ada juga jenama, terutama Eropah, yang dihubungkan dengan sistem penyejukan cecair kereta bagi memastikan kotak gear berada dalam suhu optimum untuk operasi. Kereta akan hilang gegaran apabila enjin sudah panas.
Sekiranya gegaran masih berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat dari bengkel berdekatan. Sekiranya anda berada di sekitar Taman Melati, Melawati, Desa Melawati, Gombak, MRR2, Setapak, Wangsa Maju dan sekitarnya, sila datang ke German Mechanics untuk membuat pemeriksaan berkala kereta anda. Hubungi wakil kami di talian 03 4106 9395.