Minyak Enjin Bocor

14 November 2014 By In Maintenance

Pernah terjadi kepada anda di mana minyak hitam kereta anda menitik di atas lantai tempat anda meletak kereta?

Sekiranya ini berlaku, anda perlu segera menghantar kereta anda untuk di periksa. Ini kerana terdapat kebocoran pada enjin kereta anda. Kebocoran ini selalunya terjadi pada tiga tempat iaitu sama ada pada penyambungan drive shaft atau di penyambungan gear box atau juga oil gasket. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan oleh penggunaan minyak enjin yang tidak menepati keperluan enjin kereta anda. Ia juga mungkin disebabkan oleh tahap kepanasan enjin yang tinggi. Tidak menggantikan oil seal yang baru setiap kali membuka enjin juga merupakan antara penyebab kebocoran boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku kepada anda, pastikan kereta anda di hantar untuk diperiksa oleh mekanik yang berpengalaman.

Kami di German Car Mechanics Desa Melawati sedang mengadakan pemeriksaan PERCUMA secara berkomputer serta pemeriksaan 43 poin untuk kereta anda. Hubungi kami di talian 03 4106 9395 untuk keterangan lanjutt. 

Read 12938 times Last modified on Friday, 14 November 2014 16:12
Login to post comments
You are here: Home Our blog Minyak Enjin Bocor