Kejadian kereta berhenti atau mati secara tiba-tiba diatas lebuh raya merupakan perkara yang selalu kita lihat. Kejadian ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, ada yang serious da nada juga yang tidak. Sekiranya ia berlaku kepada anda, ada beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian:
1- Bertenang. Nyalakan lampu kecemasan dan sekiranya anda mempunyai nombor telefon mekanik atau syarikat tunda kereta yang anda yakini, telefon dan suruh mereka datang untuk tarik kereta anda.
2 Selalunya syarikat insurans anda mempunyai perkihdmatan tunda 24 jam, cari no telefon mereka dan tanyakan perkara ini. Pihak pengendali lebuh raya seperti PLUS juga mempunyai perkhidmatan tunda mereka sendiri.
3- Sekiranya anda dihampiri oleh penunda kereta yang bukan dari syarikat insuran anda, tanya mereka jumlah yang perlu dibayar dan sekiranya dekat, suruh mereka tunda kereta anda ke bengkel yang anda yakini.
Sebaiknya, sebelum memulakan perjalanan anda perlu memastikan keadaan kereta anda berada di dalam tahap yang terbaik. Ini dapat mengelakkan dari kejadian di atas berlaku. Namun, seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Oleh itu cuba elakkan dari ianya terjadi.
Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di atas lebuh raya MRR2 atau Lingkaran Tengah 2, pihak German Mechanic boleh membantu anda menyelesaikan masalah kerosakan kereta anda. Sila hubungi 03 41069395 untuk maklumat lanjut.